Servis Google Ads Malaysia : 4 Panduan Mudah Buat Google Ads

Servis Google Ads Malaysia : 4 Panduan Mudah Buat Google Ads

Servis Google Ads Malaysia : Panduan Buat Google Ads

Servis Google Ads Malaysia | Ekoran pandemik covid19 yang dah masuk 2 tahun, ramai pemilik-pemilik bisnes terpaksa mencari jalan penyelesaian untuk terus survive berdepan cabaran yang sukar ini. Dari yang tidak pernah mendigitalkan bisnes sebelum ini, sekarang makin ramai yang dah mula digitalkan bisnes masing-masing termasuk dengan mempelajari selok belok Google Ads.

Apa itu Google Ads ?

Google Ads atau nama lamanya Google AdWords adalah pengiklanan berbayar di platfom jajahan Google seperti YouTube, Google Search Page, dan lain lain lagi.

Kami pasti anda pernah nampak iklan Google ni sebab boleh kata iklan Google di ada di merata tempat seperti di Mobile Apps dan di Laman Web.

Jenis-Jenis Pengiklanan Google Ads

Ada 3 jenis iklan Google Ads yang biasa anda nampak seperti:

  • Google Search Network
  • Google Display Network
  • Google Video

Apa Itu Google Search Network?

Servis Google Ads Malaysia

Google Search Network antara kempen iklan yang ada disediakan oleh Servis Google Ads Malaysia. Kebanyakan yang membuat iklan jenis ini adalah pemilik-pemilik servis, butik dan penjual produk. Kelebihan menggunakan iklan jenis ini, website bisnes akan berada di 1st page Google selagi kos iklan yang telah ditetapkan masih ada.

Apa Itu Google Display Network ?

Servis Google Ads Malaysia

Google Display Network pula bermaksud, iklan yang telah ditetapkan apabila buat servis google ads akan keluar di blog, portal dan laman web tertentu. Bezanya, ia tidak keluar di enjin carian google seperti google search network.

Apa Itu Google Video?

Servis Google Ads Malaysia

Google Video pula adalah pengiklanan jenis video. Berbeza dengan google search network dan google display network, google video khas untuk mereka yang nak buat iklan jenis video. Dan video jenis iklan ini akan keluar di platform youtube.

Kelebihan Servis Google Ads Malaysia

Banyak kelebihan apabila mengambil servis google ads malaysia. Ia banyak membantu menaikkan ranking website di enjin carian google secara berbayar dan result yang akan nampak lebih cepat berbanding SEO. Namun bezanya, servis google ads adalah platform berbayar berbanding SEO adalah secara percuma.

Kekurangan Servis Google Ads Malaysia

Sebenarnya kekurangan kalau ada pun tak banyak sangat. Lebih kepada caj yang dikenakan sahaja. Google Ads perlukan bajet untuk dilaburkan berbanding SEO ianya adalah FREE. Walaupun SEO tiada caj, namun impaknya tidak boleh dilihat dalam masa yang singkat. Berbeza pula dengan Google Ads. Hasilnya boleh dilihat dalam tempoh kurang 24 jam.

Servis Google Ads Malaysia Boleh Bantu Bisnes Anda?

Iklan dekat Google Ads ni lebih kepada bidding & PPC (Pay Per Click). Sapa letak bid tinggi, iklan die lah yang akan selalu keluar dan orang akan selalu nampak.

Kalau nak cerita bagus ke tak servis Google Ads malaysia ni, saya rasa Google Ads ni sangat bagus untuk orang yang berbisnes buat servis.

Contoh servis tu macam buat bisnes bengkel kereta, servis aircond, ejen hartanah, spa, atau apa apa lagi bisnes yang buat servis.

Sebab apa?

Sebab bisnes konsep servis ni ramai orang akan cari dekat Google. Saya sendiri kalau cari apa-apa info saya akan pergi cari dekat Google.

Jadi sapa yang buat iklan jenis “Search Network” memang akan untung. Sebab diorang akan dapat prospek yang memang sedang mencari servis tu atau jalan penyelesaian sesuatu masalah tu.

Strategi Ad Rank Google Ads

Ok, sekarang kami nak cerita sikit tentang formulanya. Formulanya mudah je. Tengok gambar dekat bawah.

Part paling penting adalah Quality Score. Sebelum nak naikkan bajet iklan anda atau bidding, pastikan Quality Score anda tinggi. Maximum cuma 10/10. Tapi biasanya orang dapat 6/10 atau 7/10 je pun dah ok.

Formula Quality Score

Tak susah pun nak naikkan Quality Score ni kalau tau caranya. Anda hanya perlukan mantapkan 3 elemen penting ni.

  • Clickthrough Rate (CTR)
  • Ad Relevancy
  • Landing Page

Clickthrough Rate (CTR)

CTR ni anda kena tahu berapa ramai yang nampak iklan anda yang klik iklan anda. Contoh orang yang nampak iklan anda dalam 1000 orang. Tapi yang klik iklan anda cuma 100 orang sahaja.

Bermaksud CTR anda adalah 10% sahaja.

Apa yang anda kena buat adalah tingkatkan percentage CTR iklan anda. Lagi tinggi lagi bagus. Sebab Google akan nampak seperti orang suka dengan iklan anda. Jadi Google sendiri akan letakkan iklan anda di atas.

Ad Relevancy

Iklan anda kena relevance dan tak mengarut. Contoh dekat website tulis servis aircond tapi dekat ayat iklan tulis servis peti sejuk. Jadi tak relevan lah kalau gitu. Sama juga dengan diskaun. Dalam website tulis 20% diskaun tapi dalam iklan tulis 50% diskaun. Kalau iklan anda tak relevan, Google tak suka. Jadi ianya akan mempengaruhi Quality Score iklan google ads anda.

Landing Page (Website)

Web anda mestilah padu. Maksudnya Loading speed time kenalah bawah daripada 3 saat. Lagi kurang lagi bagus.

Kalau web lambat prospek malas nak tunggu. Google pun tak suka. Senang cite anda kena optimize web anda sendiri supaya loading speed tu laju. Kalau anda nak tau laju ke tak web anda tu boleh check dekat GT Metrix.

Cantik atau tak cantik website tu takde main peranan. Cuma anda kena pastikan web anda kemas untuk orang tengok dan mudah untuk orang paham.

Baru la senang nak convert jadi jualan. Takde la bazir spend duit buat Google Ads ni.

Kesimpulan Servis Google Ads

Kesimpulannya, servis google ads amat bagus untuk memasarkan servis atau produk. Namun ada caj yang perlu dibayar kepada pihak google. Walaupun ada caj, kami rasa ianya masih berbaloi kerana potensi keuntungan atau jualan yang boleh dapat dari servis google ini adalah tinggi.

Untuk dapatkan khidmat nasihat percuma berkaitan servis google ads malaysia, hubungi kami disini

Leave a Reply

16 − four =